Pusat Bahasa dan Pengajian Umum (PBPU) merupakan pusat akademik yang ditubuhkan hasil penstrukturan semula unit-unit berkaitan bahasa, pengajian umum dan kenegaraan di UNIMEL. Bermula sebagai Pusat Asasi dan Pengajian Umum (PAPU) pada tahun 2018, pusat ini telah melalui beberapa fasa transformasi sebelum dijenamakan semula sebagai PBPU pada 13 Februari 2025. Kini, PBPU bertanggungjawab menyelaras kursus bahasa, Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU), kenegaraan, komunikasi dan pembangunan pelajar dalam usaha melahirkan graduan yang holistik, kompeten dan berdaya saing. Di samping itu, PBPU turut menguruskan urusan kemasukan melalui Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL), selaras dengan komitmen UNIMEL dalam memperluaskan akses kepada pendidikan tinggi melalui laluan APEL.A dan APEL.C.
Pusat Bahasa dan Pengajian Umum